BERSAMA KITA MEWARISI DAN MENGEMBANGKAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN BANGSA MELAYU

Sunday 24 November 2013

JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

Teruskan perjuangan demi agama bangsa  dan negara...

TAHNIAH semua semuga sama sama memikul amanah dengan jayanya..

KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembukerbau malahgetah sintetik.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawapada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Gambar belakang bahagian kompang. Kelihatan gelung plastik tebal yang digunakan bagi menala bunyi kompang dengan menyelit antara bingkai dan kulit penutup. Pada waktu dahulu, rotan digunakan.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.



KOLEKSI PANTUN BUDI


Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Anak dara berkain cukin,
Dari Daik bulan puasa;
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan baik budi bahasa.

Anak ikan dimakan ikan,
Manakan sama ikan tenggiri;
Mati ikan kerana umpan,
Mati tuan kerana budi.

Apa diharap pada jerami,
Habis padi jerami dibuang;
Apa diharap kepada kami,
Muka buruk budi kurang.

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak berbaju kasa;
Apa guna memandang cantik,
Kalau tidak berbudi bahasa.

Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.


Ayam hutan terbang ke hutan,
Tali tersangkut pagar duri;
Adik bukan saudara bukan,
Hati tersangkut kerana budi.

Bagaimana kalau tak ikat,
Kait dengan duri-durinya;
Bagaimana aku tak ingat,
Orang baik hati budinya.

Bagaimana nak tanam selasih,
Tanamlah mari di rumpun keladi;
Bagaimana hati nak kasih,
Kasih bercampur denganlah budi.


Baju kebaya disulam kelimkan,
Dipakai mari dara berdandan;
Miskin kaya jangan bezakan,
Budi jadi satu ujian.

Banyak duri perkara duri,
Duri mana duri yang tajam;
Banyak budi perkara budi,
Budi yang mana dikenang orang?

Banyak saya menabur padi,
Padi habis dimakan merang;
Banyak saya menabur budi,
Budi tidak dikenang orang.


Bawa belayar pisang emas,
Masak sebiji di atas peti;
Boleh dibayar hutanglah emas,
Hutang budi dibawa mati.

Bintang di timur cuaca baik,
Cahayanya sampai ke hutan seberang;
Mulut manis hatinya baik,
Itulah budi dikenang orang.


Buah pedada dalam baldi,
Masak nasi hari petang;
Hidup kita biar berbudi,
Hingga mati dikenang orang.

Bukan saya mengejar kolek,
Saya mengejar papan tunda;
Bukan saya mengharap molek,
Saya mengharap budi bahasa.

Bulan puasa memetik kelapa,
Hendak menyambut Aidilfitri;
Budi kami tidak seberapa,
Kenangan diberi kekal abadi.

Bunga kalas dibubuh baja,
Dipetik oleh mem Serani;
Tidak terbalas budi kakanda,
Berapa jauh datang ke sini.

Bunga pandan jauh ke tengah,
Pulau Sari bercabang dua;
Buruk badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Burung jeladan singgah di huma,
Anak balam turun ke paya;
Budi laksana sinar purnama,
Manusia alam menumpang cahaya.

Burung pipit burung kedidi,
Hinggap di pokok di tepi sawah;
Jika hidup tidak berbudi,
Ibarat pokok tidak berbuah.

Burung serindit terbang melayang,
Terhenti hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit dipandang orang,
Tapi memandang bahasa dan budi.

Dari Gersik ke Surabaya,
Beli terendak dari Bali;
Sungguh cantik lagi sebaya,
Budi tidak berjual beli.

Dari jauh bermalam datang,
Tetak sangkar pancung kemudi;
Darilah jauh kamilah datang,
Mendengar tuan baik budi.

Dari pauh permatang layang,
Singgah berapat papan kemudi;
Dari jauh abang datang,
Mengenang adik baik budi.

Daun terap di ataslah bukit,
Kapallah menyamun dualah batang;
Jadi kenangan bukanlah sedikit,
Darilah dulu sampai sekarang.

Dirikan pondok bertanam nanas,
Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
Saya niaga budi bahasa.

Encik Elok minum di kendi,
Kendi berisi minyak lenga;
Apa dipujuk abang berbudi,
Dalam berbudi banyak terkena.

Hanyut kayu dari bukit,
Dari gunung berkati-kati;
Segunung budi bukan sedikit,
Tidak tertanggung sampai ke mati.

Hari Ahad pergi ke panggung,
Melihat cerita Seri Andalas;
Hati rindu tidak tertanggung,
Budi tuan tidak terbalas.

Hari redup menyemai padi,
Wak Dolah menanam jagung;
Kalau hidup tidak berbudi,
Duduk salah berdiri canggung.

Hendak berbuah buahlah buluh,
Kaki dulang kuparas juga;
Hendak bertuah bertuahlah tubuh,
Budi orang kubalas juga.


Hendak memetik daun palas,
Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
Hanya untuk kenang-kenangan.

Inang-inang padi Pak Daik,
Padi tak sama rupa bunganya;
Sungguh kukenang budi yang baik,
Tidak kulupa selama-lamanya.

Jika tuan memanting gambus,
Gambus dipanting si burung pingai;
Bukan tuan memaksa bagus,
Kami memaksa budi perangai.

Jurumudi pegang kemudi,
Nyiur bakul peninjau kerang;
Bukan sebabnya tidak berbudi,
Jangan ketara kepada orang.

Kain batik sama sujinya,
Dalam sumbu tali belati;
Orang baik budi bahasanya,
Diingat juga sampai mati.

Kain berlipat dalam istana,
Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
Secubit budi jadi kenangan.

Kain perai baju pun perai,
Letak mari atas peti;
Hancur badan tulang berkecai,
Budi adik dibawa mati.

Kain songket berkodi-kodi,
Tersusun indah di atas peti;
Biarpun sedikit bernama budi,
Guna menempah jasa bakti.

Kait kelapa kukur kelapa,
Kupas ubi buat pengat;
Hendak kulupa tak terlupa,
Kerana budi sudah terpahat.

Kalau abang pergi ke Daik,
Ikan gelama masak kelapa;
Kalau abang berhati baik,
Sampai bila adik tak lupa.

Kalau ada menanam tebu,
Boleh dijual di pasar desa;
Kalau kita jadi tetamu,
Biar pandai berbudi bahasa.

Kalau ada peria pahit,
Belanga baru jerang udang;
Kalau ada budi baik,
Jadi abu dikenang orang.

Kalau hendak memikat kedidi,
Anak beruk mari dikandang;
Kalau ikhlas hendak berbudi,
Helah jangan ke lain menyimpang.

Kalau tuan bawa kemudi,
Kemudi dibawa di tepi pantai;
Kalau kenang kurang budi,
Sirih layu lekat di tangkai.

Kalau tuan bawa perahu,
Muatan isi buah berangan;
Hendak berbudi biar selalu,
Supaya boleh buat kenangan.

Kalau udang dibuat gulai,
Daging rusa dimasak kari;
Kalau wang jadi pemakai,
Budi bahasa pengiring diri.

Kalaulah pergi ke pekan Nyalas,
Masuk ke balai membeli gelang;
Kalau budi minta dibalas,
Itulah budi tidak dikenang.

Kapal belayar sarat muatan,
Nelayan di laut sedang memukat;
Biar jauh seberang lautan,
Kerana budi terasa dekat.

Kecil-kecil tuanya lidi,
Hendak berkayuh pasir seberang;
Kecil-kecil pandai berbudi,
Hendak sekupang tiada di tangan.

Kemas rumah di waktu senja,
Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
Budi bahasa sukar dicari.

Lagi berbuah lagi berduri,
Itulah nama asam paya;
Lagi bertuah lagi berbudi,
Itulah nama orang kaya.

Layang-layang terbang melayang,
Putus tali sambung benang;
Siang malam rbayang-bayang,
Budi bahasa terkenang-kenang.

Limau manis batang berduri,
Batang selasih dalam dulang;
Mulut manis kerana budi,
Hati kasih kerana sayang.

Limbai-limbai naik ke lampau,
Anak raja datang bersembah;
Kalau sudah budi terlampau,
Bukannya kurang makin bertambah.

Manis sungguh buah kelubi,
Mari dibungkus dengan kertas;
Pandai sungguh puan berbudi,
Garam tak masin lada pun tak pedas.

Marilah kita menanam padi,
Padi ditanam di dalam bendang;
Marilah kita menabur budi,
Supaya kita dikenang orang.

Masak udang dalam perahu,
Ubi rebus terletak di padang;
Zaman sekarang kalau nak tahu,
Budi hangus menjadi arang.

Menangkap buaya orang Jambi,
Buaya ditangkap di pintu kuala;
Sudahlah kaya pandai berbudi,
Bagailah mana hati tak gila.

Mudik berenang hilir berenang,
Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
Tuanlah pandai mengambil hati.

Nanas dijual di pasar niaga,
Ramai orang datang membeli;
Emas perak perhiasan dunia,
Budi bahasa perhiasan diri.

Ombak di laut meniti buih,
Ombak datang dari seberang;
Antara budi dengan kasih,
Mana satu dikenang orang?

Orang Acheh menanam padi,
Padi tumbuh nampak jarang;
Antara kasih dengan budi,
Budi juga dikenang orang.

Orang Daik memasak periuk,
Bawa pergi tanah seberang;
Budi baik kelaku elok,
Ke mana jatuh disayang orang.

Orang Daik pulang ke Daik,
Ambung-ambung bertali benang;
Kalau ada budi baik,
Sampai mati boleh dikenang.

Orang hulu menebang jati,
Orang darat menetak palas;
Kalau nak tahu budi sejati,
Tidak berhajat minta dibalas.

Pacak lokan panggang lokan,
Lokan tersangkut di papan kemudi;
Kakak bukan saudara bukan,
Tersangkut sedikit kerana budi.

Padi perak berdaun suasa,
Buahnya mengurai emas merah;
Sudah berbudi lagi berbahasa,
Itulah tanda bistari bertuah.

Pagi-pagi menanam selasih,
Selasih ditanam di hujung serambi;
Bagailah mana hati tak kasih,
Kerana tuan baik budi.

Pasang air Tanjung Simasta,
Pasang tidak bertenang lagi;
Budi tuan lekat di mata,
Makan tidak kenyang lagi.

Pasang kelambu tepi jendela,
Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
Saya memilih yang baik budi.

Penat sudah saya kemudi,
Tidak sampai ke Pulau Daik;
Penat sudah mencampak budi,
Tidak juga dapat baik.

Pilih-pilih buah kedondong,
Cari yang manis tiada bijinya;
Pilih-pilih muda sekampung,
Yang hitam manis baik budinya.

Pipit ampat dibilang anam,
Terbang tinggi meninggalkan sarang;
Sakit diubat mati ditanam,
Itulah budi kenangan orang.

Pisang emas bawa belayar,
Diletak budak di atas peti;
Hutang emas dapat dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pok-pok bunga di kendi,
Dalam kendi berkaca bunga;
Ikut turut mengenal budi,
Dalam budi saya terkena.

Pokok keladi di tepi paya,
Bunga teratai kembang bertaut;
Kalau berbudi pada yang kaya,
Sama mencurah garam ke laut.

Pokok pauh tepi permatang,
Pokok pandan di birai perigi;
Dari jauh hamba nan datang,
Mendengar tuan yang baik budi.

Puas sudah menanam ubi,
Nanas datang dari seberang;
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.

Pucuk belinjau si daun seranti,
Sayang kembang pasang pagi;
Hati risau tidak terperi,
Kekasih tidak mengenang budi.

Pucuk manis pucuk langgudi,
Daun purut digetus rusa;
Yang manis bernama budi,
Yang indah itu bahasa.

Pucuk palas si daun palas,
Tetak mari beranti-ranti;
Bukan berbudi minta balas,
Asal ingat dalam hati.

Pulau Daik banyak kelapa,
Pulau Karimon banyak pegaga;
Budi baik payah dilupa,
Beribu tahun dikenang juga.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang dua;
Hancurlah badan dikandung tanah,
Budilah baik dikenang juga.

Pulau Pisang Pulau Pauh,
Sampai ketiga Pulau Kemudi;
Kami datang dari jauh,
Kerana hendak membalas budi.

Rumah buruk serambi tak baik,
Serai seulas di dalam dulang;
Rupa buruk budi pun tak baik,
Apa guna kepada orang.

Sapu tangan bersiring hijau,
Oleh membeli kedai Yahudi;
Luka di tangan kerana pisau,
Luka di hati kerana budi.

Sapu tangan jatuh ke laut,
Jatuh ke laut dengan alasnya;
Amboi berat budi disambut,
Sambut dengan tiada balasnya.

Sayang muara tidak berbukit,
Banyak bukit di Batu Karang;
Budimu tuan bukan sedikit,
Dari dahulu sampai sekarang.

Sayang Pak Uda menahan racik,
Umpannya kelkatu dalam pinggan;
Kalau ada budi yang baik,
Menjadi abu orang kenangkan.

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
Takut kecundang kasih berpaut.

Semenjak kentang dibuat gulai,
Ubi tidak dikari lagi;
Semenjak wang jadi pemakai,
Budi jarang dipeduli lagi.

Sudah reka baru dikarang,
Ikan di laut ibarat bakorang;
Dari dahulu sampai sekarang,
Budi tuan diingatkan orang.

Sungguh indah Tanjung Lumpur,
Tempat lalu kapal dagang;
Hati gundah rasa terhibur,
Budi yang baik punca kenang.

Tabir-tabir kayu dilintang,
Katak makan si daun ubi;
Perlahan-lahan apa dirunding,
Syukur mendapat orang berbudi.

Tanam ubi digali ubi,
Gali ubi di tepi telaga;
Sudah banyak saya berbudi,
Budi yang mana yang tuan suka?

Tebang kayu buatkan sampan,
Sampan dibuat siap kemudi;
Ikan mati kerana umpan,
Manusia mati kerana budi.

Tebing Tinggi kampung ternama,
Nampak dari Kuala Segamat;
Bila teringat budi yang lama,
Berubah hati berdebar semangat.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek hanyut ke tanjung;
Budi terkenang mulut tersebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit manakan hilang,
Itu nama kenang-kenangan.

Tuk Batin mengait kelapa,
Hendak dijual bulan puasa;
Tuan miskin tidak mengapa,
Asalkan pandai berbudi bahasa.

Ubi kentang perkara ubi,
Ubi setela dalam dulang;
Budi banyak perkara budi,
Budi yang mana disuka orang?

MESYUARAT JK UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH BIL 1/2013

22.11.2013

Assallammualaikum

Telah berlangsung mesyuarat JK UMNO Bahagian Alor Gajah dengan jayanya dengan merangka dan memperkukuhkan UMNO di bahagian Alor Gajah.

Alhamdulillah biro kesenian dan kebudayaan akan terus memartabatkan warisan bangsa supaya terus menjadi medium penyatuan dan pengukuhan bangsa di bahagian Alor Gajah.

Terimakasih semua.

Friday 22 November 2013

ASPIRASI SILAT NUSANTARA DIRASMIKAN YB DATUK NORPIPAH BTE ABDOL

Tajuk : Majlis Aspirasi Silat Nusantara Sempena Sambutan Hol Muharam 
Anjuran : Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Asahan Melaka
Kerjasama : Kerajaan Negeri Melaka dan Perkumpulan Seni Silat Panji Malaysia
Lokasi : Kem Lagenda PLKN Asahan Melaka
Tarikh : 16.11.2013 dari 6.00 petang hinggan 3.00 pagi
Perasmian : YB Datuk Hajah Norpipah binti Abdul (Adun Rumbia) Timb Exco Belia dan Warisan Melaka mewakili YAB Datuk Seri Hj Ir Idris bin Haron Ketua Menteri Melaka
Penyertaan :

1. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT KOTA SENDENG
-ALAMAT : ASAHAN MELAKA
-NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA ABD RAHMAN HAMID
-PENYERTAAN : 150 ORANG

2. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA
-ALAMAT : DESA PETALING KUALA LUMPUR
-NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA SHAM BIN HJ ABD RAHMAN
-PENYERTAAN : 29 ORANG

3. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT SENDENG PANJI MASAI JOHOR
-ALAMAT : KG CAHAYA BARU MASAI JOHOR
-NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA TUAN RAMLI BIN AHMAD
-PENYERTAAN : 40 ORANG

4. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT PANJI
-ALAMAT : TNB KAPAR KELANG
-NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA CHE HASHIM BIN CHE JAAFAR
-PENYERTAAN : GELANGGANG TNB KAPAR KLANG / SUNGAI BULOH KUALA  SELANGOR/ MUAZAM SHAH PAHANG.

5. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT PANJI PUTERA LEDANG
-ALAMAT :KG PAYAMAS TANGKAK
-NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA IMAM MOKHTAR OSMAN
-PENYERTAAN : 40 ORANG

6. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT GERAK PANCA
-ALAMAT : TAMAN BUKIT PERDANA BATU PAHAT
- NAMA GURU : MAHAGURU SAMSON
- PENYERTAAN : 15 ORANG

7. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT HARIMAU BERANTAI SANG PENAKLOK
-ALAMAT : KUALA SELANGOR
-NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA
-PENYERTAAN : 15 ORANG

8. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT HULUBALANG MALAYSIA
-ALAMAT : KAMPUNG GADEK ALOR GAJAH
-NAMA GURU : TUAN GURU SOBARU
-PENYERTAAN : 29 ORANG

9. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT CAHAYA D'LIMA
-ALAMAT : BAKRI MUAR JOHOR
-NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA SYEIKH MAULANA ABDULLAH SANI HJ HASHIM
-PENYERTAAN : 20 ORANG

10. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA
-ALAMAT : DESA PETALING KUALA LUMPUR
-NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA SHAM BIN HJ ABD RAHMAN
-PENYERTAAN : 29 ORANG

11. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
-ALAMAT : TAMAN MURAI DURIAN TUNGGAL
-NAMA GURU : TUAN GURU SHAM BIN GHANI
-PENYERTAAN : 20 ORANG

12. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT GERAK TEPAT MALAYSIA
-ALAMAT : UMBAI MELAKA
-NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA AZIZ
-PENYERTAAN : 20 ORANG
13. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT SENDENG MALAYSIA
-ALAMAT : DUYONG MELAKA
-NAMA GURU : TUAN GURU MASRYZAL
-PENYERTAAN : 20 ORANG

14. NAMA PERGURUAN : SENI SILAT KILAU CENDANA
-ALAMAT : ALOR GAJAH MELAKA
-NAMA GURU : TUAN GURU UTAMA ROSTAM BIN MOHAMAD
-PENYERTAAN : 20 ORANG
Objektif : 
Wajadiri adalah wadah penyatuan bangsa.Wajadiri adalah medium untuk melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.

Namun apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang , dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin kita.


Gendang sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan , Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.

Aturcara

4.30 Petang : Pendaftaran peserta
6.30 Petang : Jamuan makan malam bermula
7.15 Malam : Solat Maghrib Berjemaah
8.00 Malam : Taklimat Majlis
8.15 Malam : Solat Isyak berjemaah
9.00 Malam : Majlis Perasmian
                    - ucapan Alu aluan
                    - bacaan doa
                    - ucapan YDP Perguruan Seni Silat Kota Sendeng
                    - ucapan perasmian YB Datuk Hajah Norpipah Abdol
9.45 Malam : Pencak Silat bermula
2.00 pagi     : Bersurai

Ucapan YB Datuk Hajah Norpipah

1. Tahniah kepada persatuan seni silat kota sendeng kerana berjaya mengadakan majlis seni silat melayu ini.

2. Kerajaan negeri Melaka sentiasa membantu dan sama sama berganding bahu untuk memastikan seni silat melayu terus diwarisi dan dikembangkan.

3. Bersetuju supaya program ini diadakan secara tahunan dan berterusan.

4. Meminta mengadakan bengkel silat untuk melatih pesilat wanita untuk melahirkan lebih ramai semangat Tun Fatimah dikalangan anak anak gadis dan wnita di melaka.




JAWATANKUASA KERJA BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

JAWATANKUASA BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN UMNO 
BAHAGIAN ALOR GAJAH 2013-2015

JAWATAN
NAMA DAN ALAMAT
NO TELEFON

PENGERUSI
SUHAIZAN BIN HAJI NOH
KM 50 KAMPUNG ABBEY
77100 ASAHAN MELAKA
'0123311452
NAIB PENGERUSI
MOHD ZAKI BIN SABTU
LOT 57 KG BUKIT NANGKA
78000 ALOR GAJAH MELAKA
'0166454061
SETIAUSAHA
SHAHRIL BIN SAMZAINAL
GD 67 JALAN SM 3 TAMAN SERI MANGGIS MACHAP UMBO 78000 ALOR GAJAH MELAKA
'019-3213630
BENDAHARI
ZAHARI BIN KHALIL
PM 65 JALAN4 TAMAN SERI TUAH
DURIAN TUNGGAL MELAKA
'0136816470
AJK
NIK AHMAD ZAMRAN BIN MUHAMAD ROSLAM
175 JALAN SELASIH 4 TAMAN SERI BAYU
78000 ALOR GAJAH MELAKA
'0132460388
AJK
TENGKU FASLIDAPATI BIN TUNKU MANSOR
3672 BATU 22 PULAU SEBANG
73000 TAMPIN ALOR GAJAH MELAKA
'0193157005
AJK
ABU BAKAR BIN HUSSIN
BATU 7 ¾ KAMPUNG GANGSA
76100 DURIAN TUNGGAL MELAKA
'0166781569
'0122257964
AJK
SULAIMAN BIN OTHMAN
JB 1865 JALAN NB 5 TAMAN NYALAS BARU
77100 ASAHAN MELAKA
'0136917902
AJK
SHAHRIL ROHAIZAT BIN NATERSHAH
NO 56 RUMAH AWAM KEMUNING 78000 ALOR GAJAH MELAKA
'0137782468
AJK
MOHD RADHI BIN DATUK WIRA HAMDIN
210 JALAN SELASIH 1 , TAMAN SERI BAYU , 78000 ALOR GAJAH MELAKA
'0196667976