BERSAMA KITA MEWARISI DAN MENGEMBANGKAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN BANGSA MELAYU

Tuesday 11 February 2014

MESYUARAT UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH BIL 2/2014

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
TAHNIAH KEPADA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH KERANA BERJAYA MENGADAKAN MESYUARAT AJK PADA MALAM NI
BANYAK MAKLUMAT BARU DIPEROLEHI DAN MEMBERI KESAN POSITIF UNTUK KEMAJUAN UMNO ALOR GAJAH KPI
SETIAP AJK TELAH DISEDIAKAN UNTUK MEMASTIKAN AJK MENGIKUT PENCAPAIAN AJK UMNO DI TAHAP MEMBANGGAKAN.
TAHNIAH

UMNO... BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

MISI MELAKA KE INSTANBUL TURKI

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

KAMI DOAKAN AGAR YB DATUK WIRA HJ ABD GHAFAAR ATAN SUKSESS DALAM MEMBAWA MISI NEGERI MELAKA KE INSTANBUL TURKI. LEBIH 40 ORANG AJK UMNO ALOR GAJAH BERSAMA SAYAP SAYAP PARTI MENGIRINGI YB DW KE KLIA MALAM TADI.

KAMI BERHARAP MISI KERAJAAN NEGERI TERCAPAI DAN MEMBERI IMPAK POSITIF KEPADA NEGERI MELAKA.

DIMAKLOMKAN JUGA SELEPAS SELESAI MISI KR INSTANBUL,YB DW AKAN SINGGAH KE TANAH SUCI MEKAH UNTUK MENUNAIKAN IBADAH UMRAH.

KAMI DOAKAN SEMUGA MISI INI BERJAYA DAN ALLAH SWT MELINDUNGI PERJALANAN YB DW DAN ROMBONGAN NEGERI MELAKA YANG DIKETUAI YAB DATUK SERI HAJI IR IDRIS BIN HARON KETUA MENTERI MELAKA.

Sunday 9 February 2014

TAHNIAH KEJAYAAN MAULIDUR RASUL PARLIMEN ALOR GAJAH

Assallammualaikum wmt wbt dan SALAM PERJUANGAN

Alhamdulillah disini saya mengucapkan tahniah kepada UMNO Bahagian Alor Gajah dan barisan kepimpinannya yang dinakhodakan oleh YB Datuk Wira Hj Abd Ghafaar Atan kerana telah berjaya mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat parlimen Alor Gajah yang juga dihadiri YAB Datuk Seri Hj Ir Idris Haron Ketua Menteri Melaka

Dalam program itu jugak diraikan penerima pingat dan darjah kebesaran sempena Ulang Tahun TYT pada hujung tahun 2013 yang lepas.

Program tersebut juga diserikan dengan kumpulan Maulud Dibaie yang diketuai oleh Imam Ramli Masjid kg Keling dan penceramah dari luar negara iaitu Syeikh Abd Razak Al Misri dan Habib Al Sagaff dari Indonesia.

Alhamdulillah dikesempatan ini kita berjaya menimba ilmu dan sama sama berkongsi pengetahuan tentang maulud dan kehidupan sebagai seorang muslim.



Tahniah semua..
TERIMAKASIH KM MELAKA PUN TURUT SAMA HADIR

MAJLIS CINTA RASUL



Thursday 6 February 2014

JOM TAZKIRAH

Tazkirah
7RabiulAkhir 1435@7/2/2014

Harta vs Ilmu

Rasulullah pernah bersabda: “Aku adalah kota ilmu pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya.”
Oleh kerana kemasyuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina Ali, maka ramailah yang mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama’ telah datang menemui Saidina Ali, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama.

Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
10 Jawapan Saidina Ali...
1. ILMU ebih utama kerana ilmu adalah pusaka para Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir’aun.

2. ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjaga kamu, sedangkan harta, engkaulah yang harus memeliharanya.

3. ILMU lebih utama kerana harta boleh menyediakan diri kita dikelilingi banyak musuh, sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyai banyak sahabat.

4. ILMU lebih utama kerana harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan, sedangkan ilmu apabila dikeluarkan akan semakin bertambah.

5. ILMU lebih utama kerana orang yang mempunyai banyak harta kadangkala dipanggil dengan panggilan kedekut, sedangkan orang yang banyak ilmu selalu diberi gelaran dengan nama yang mulia dan megah.

6. ILMU lebih utama kerana  orang yang punya harta akan dihisab pada hari kiamat sedangkan orang yang punya ilmu pula diberi syafa’at pada hari kiamat.

7. ILMU lebih utama kerana ilmu membawa ketenangan dan cahaya, sedangkan harta menjadikan mereka berasa gusar.

8. ILMU lebih utama kerana harta semakin lama akan habis, sedangkan ilmu takkan habis walaupun tidak ditambah.

9. ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjadikan orang yg berilmu itu bersikap lemah lembut, sedangkan harta menjadikan mereka bersikap kasar.

10.ILMU lebih utama kerana orang yang berilmu termasuk ubudiyyah(pengabdian) yang diberi pahala oleh Allah swt, sedang orang yang berharta termasuk rubudiyyah(kekaburan).

Para ulama’ itu pun tercengang mendengar jawapan Saidina Ali yang berbeza-beza itu, walaupun pertanyaan mereka adalah sama. Maka kesepuluh ulama’ tersebut akhirnya mengakui kepandaian Saidina Ali, dan mereka menjadi lebih hormat lagi terhadap Ali berikutan ILMU yang dimiliki olehnya itu..

Wassalam

Wednesday 5 February 2014

MAJLSI PENYAMPAIAN SIJIL PERSILATAN DI NYALAS



-UNTUK MEDIA-
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN PROGRAM PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG GELANGGANG AIR REPAT , NYALAS

MAJLIS INI TELAH DISEMPURNAKAN OLEH ENCIK SHAHRIL SAMZAINAL PENGERUSI GERAKAN BELIA 4B CAWANGAN NYALAS JUGA SELAKU KETUA PEMUDA UMNO CAW NYALAS..BELIAU AMAT MENYOKONG DAN BERSETUJU PENUBUHAN GELANGGANG SILAT INI DAN SEDIA MEMBANTU UNTUK MENINGKATKAN KEMUDAHAN DAN PEMBIAYAAN AKTIVITI GELANGGANG TERSEBUT. BELIAU JUGA MENEGASKAN SILAT MELAYU ADALAH MERUPAKAN WARISAN BANGSA DAN PERLU DIKEKALKAN DAN DIWARISKAN KEPADA GENERASI SETERUSNYA.

TURUT HADIR . SUHAIZAN HAJI NOH SETIAUSAHA PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA DAN ENCIK MOHD IHAM BIN ARIS JURULATIH PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL INI ADALAH UNTUK MEMBERI SEMANGAT KEPADA PESILAT UNTUK TERUS MENYERTAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG.
GELANGGANG INI DIBAWAH GERAK WAJADIRI GERAKN BELIA 4B CAWANGAN NYALAS